Rabu, 06 April 2016

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH







 Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
 untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga
 yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu
 memenuhi 2 syarat saja yaitu:

 1. Taat kepada Allah dan RasulNya
 2. Taat kepada suami

 Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

 1- Taat kepada Allah dan RasulNya
 Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

 i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari
segala-galanya.
 ii) Wajib menutup aurat
 iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
 iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada
     bersamanya mahramnya.
 v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
 vi) Berbuat baik kepada ibu & bapa
 vii) Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
 viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
 ix) Bersikap baik terhadap tetangga

 2. Taat kepada suami

 i) Memelihara kewajipan terhadap suami
 ii) Sentiasa menyenangkan suami
 iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di
rumah.
 iv) Tidak cemberut di hadapan suami.
 v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
 vi) Tidak keluar tanpa izin suami.
 vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
 viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
 ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
 x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik dan kecantikannya
     serta kebersihan rumahtangga.

 FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
 Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah
 datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang
 berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh
 para pejuang hak-hak palsu wanita.
 Faktor-faktor tersebut ialah:

 1- Lupa mengingat Allah
    Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau
    memelihara anak-anak, maka tidak heran jika banyak wanita yang
    tidak menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah.
   


Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling
    berbahaya bagi diri mereka, di mana syetan akan mengarahkan hawa
    nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam
    surah al-Jathiah, ayat 23: artinya:
   " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
     sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan
     ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya
    dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
    Sabda Rasulullah s.a.w.: artinya:
   "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa
    cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

 Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi
 termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
 

 2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
   Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita
   ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syetan dengan
   mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama
   bergelimang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup
   durhaka kepada Allah  s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang
   terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am:
   artinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan
   dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi
   orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."

 3- Mudah terpedaya dengan syahwat
 4- Lemah iman
 5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Ad-dunya mata' , khoirul mata' al mar'atus sholichah
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita sholichah.